Utama Senarai Kursus Program Ijazah UIU 3022 - FIQH ISLAMI
UIU 3022 - FIQH ISLAMI PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Pentadbir   
Rabu, 14 Januari 2009 03:32

NAMA KURSUS : FIQH ISLAMI

KOD KURSUS : UIU 3022

JAM KREDIT : 2

SINOPSIS

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus Fiqh Ibadat yang ditawarkan di peringkat diploma. Kursus ini bertujuan membolehkan pelajar memahami hukum-hukum berkaitan muamalat, munakahat, jenayah, makanan dan perubatan. Penekanan diberikan kepada isu-isu kontemporari berkaitan dengan tajuk-tajuk berkenaan.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar tentang hukum-hukum berkaitan muamalat, munakahat, jenayah, makanan dan perubatan.
  2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu kontemporari berkaitan muamalat, munakahat, jenayah, makanan dan perubatan.
  3. Membolehkan pelajar menghuraikan hukum-hukum berkaitan isu-isu semasa muamalat, munakahat, jenayah, makanan dan perubatan daripada nas-nas al-Qur’an, Hadis, Ijma’, Qiyas dan hasil ijtihad para ulama terdahulu dan sekarang.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti kursus ini dengan jayanya, pelajar dapat :

  1. Memahami hukum-hukum berkaitan muamalat, munakahat, jenayah, makanan dan perubatan (C2, P1, A1).
  2. Membandingkan hasil ijtihad ulama terdahulu dengan ulama masa kini, berkaitan dengan isu-isu semasa muamalah, munakahah, jenayah, makanan dan perubatan (C4, P2, A3).
  3. Mengemukakan jalan penyelesaian kepada isu-isu kontemporari yang berlaku di dalam masyarakat (C5, P3, A4).


Kemaskini terakhir pada Rabu, 11 Februari 2009 00:55
 
Portal Staf UDM
Portal Pelajar UDM
Perpustakaan Al-Mukhtar UDM
Webmail UDM
KeLiP


 
Kemaskini terakhir pada 16/08/2010
Telah menjanakan 155298 hit dan terdapat 3 tetamu di atas talian.