| UIP 3010 - PROTOKOL DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI [Bukan Islam] |
|
|
|
| Ditulis oleh Pentadbir |
| Isnin, 03 Ogos 2009 00:51 |
|
NAMA KURSUS : PROTOKOL DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI [PELAJAR BUKAN ISLAM] KOD KURSUS : UIP 3010 JAM KREDIT : 0 [AUDIT] JAM KONTAK : DUA (2) PRA-SYARAT : TIADA
SINOPIS KURSUS Kursus ini membincangkan tatacara pengendalian majlis dan meraikan tetamu dari dalam mahu pun tetamu dari luar. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan tanggungjawab dan peranan sebagai pengendali majlis rasmi dan sebagai pegawai protokol. Oleh itu prinsip dan amalan protokol dan etiket perlu difahami terutamanya apabila diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan protokol. Dalam masyarakat, ketertiban dan kesopanan perlu dijaga, begitu juga dalam sesuatu majlis kerana sebarang kelewatan, kecacatan dan kesilapan akan memberi gambaran yang negatif terhadap organisasi dan individu yang terlibat.
OBJEKTIF Objektif Umum Menjelas dan memberi kefahaman kepada pelajar berhubung tatacara menghadiri Majlis-majlis Rasmi dan Mengurus Majlis Rasmi.
Objektif Khusus 1. Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan protokol dan etiket. 2. Melahirkan rasa tanggungjawab pelajar sekiranya diamanahkan untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan protokol.
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, pelajar dapat : 1. Memahami tatacara protokol dan etiket. 2. Mempraktikkan tatacara tersebut dalam kehidupan dan tugas yang diamanahkan. 3. Menjadi seorang yang berketerampilan dan berwibawa dalam sebarang majlis yang dihadiri dan dikendali. |
| Kemaskini terakhir pada Isnin, 10 Ogos 2009 06:36 |










