| UIM 3012 - MORAL DAN ETIKA II [Bukan Islam] |
|
|
|
| Ditulis oleh Pentadbir |
| Isnin, 10 Ogos 2009 04:54 |
|
NAMA KURSUS : MORAL DAN ETIKA II [Bukan Islam] KOD KURSUS : UIM 3012 JAM KREDIT : DUA (2) JAM KONTAK : DUA (2) PRA-SYARAT : TIADA
SINOPIS KURSUS Kursus ini membincangkan konsep moral dan teori-teori etika dan sistem nilai, nilai-nilai agama dan kepercayaan agar ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Konsep asas nilai, definisi, fungsi dan jenis-jenis nilai akan dibincang. Konsep-konsep kebaikan, kebahagiaan, kebenaran, kesalahan dan status moral juga akan dibincang. Persoalan hak dan juga ilmu pengetahuan moral serta permasalahan etika akan diteliti dengan lebih mendalam. Nilai agama dan kepercayaan dalam masyarakat dan isu moral tempatan serta universal juga akan diberi penekanan. Beberapa persoalan praktis seperti hak minoriti dan majoriti, penggunaan bahan perangsang, pergaulan bebas dan seumpamanya akan dihalusi dengan menggunakan prinsip-prinsip moral berasaskan kepada pelbagai teori etika. Ajaran setiap agama mengenai moral dan etika juga akan dibincangkan. Kursus moral dan etika ini bukan sahaja merangkumi aspek-aspek penting dalam membentuk personaliti individu tetapi juga membentuk nilai-nilai masyarakat majmuk di Malaysia.
OBJEKTIF Objektif Umum Menjelas dan memberi kefahaman kepada mahasiswa berhubung nilai-nilai moral dan etika untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian setiap pelajar.
Objektif Khusus
1. Melahirkan mahasiswa yang berkeperibadian tinggi sebagai asas kepada pembentukan jati diri.
2. Membentuk mahasiswa bermoral dan beretika yang berintegriti serta berdaya saing dalam persekitaran sosial semasa selaras dengan keperluan modal insan negara.
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus, mahasiswa dapat:
1. Memahami dan menjelaskan nilai-nilai moral dan etika [C2, P2, A2, S1].
2. Mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka [C2, P1, A2, S2].
3. Membentuk personaliti yang baik dan nilai-nilai untuk diadapatasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. [C5, P6, A3, S2].
4. Memenuhi keperluan modal insan yang diperlukan negara. [C3, P3, A5, S2]. |
| Kemaskini terakhir pada Isnin, 10 Ogos 2009 06:23 |










